• High School
  • You don't have any recent items yet.
  • You don't have any courses yet.
  • You don't have any books yet.
  • You don't have any Studylists yet.
  • Information

CTU152 Group Assignment

Office and management (ctu152), universiti teknologi mara melaka, recommended for you, students also viewed.

  • ITT320 CYBERCECURITY GROUP PROJECT - RISK AND ATTACKS
  • Tutorial 9 - chapter 9
  • MGT 420 Individual Assignment - Ahmad Syauqi Selamat
  • Lab 5 pathology - Lab report
  • Labexercise - lab exercise
  • Course Information Systems Development

Related documents

  • MGT345 - Group Assignment
  • ADV452 Individual
  • Question Test STA104 March- August 2023 (1) (1) (1)
  • Week 2 Word Puzzle MGT334
  • FIN552 Mar24 Group Assignment MFN8
  • FIN552 Mar24 Individual Assignment MFN8

Preview text

Faculty of business and management, university teknologi mara (uitm), kampus alor gajah, melaka, diploma in banking, values and civilization (ctu152), group assignment, asimilasi budaya cina dan india dalam peradaban melayu, prepared by:, name no metrics, muhammad ‘azim bin mohamad farid 2022465794, muhammad iman nazhim bin naharzadli 2022890856, ameer qayyum al-hanan 2022615156, muhammad danish bin abdul razak 2022601154, prepared for: ustaz muhammad taufik bin md sharipp, no isi kandungan muka surat, 1. pengenalan 3, 2. objektif kajian 4, 3. metodologi kajian 4, 4. pertalian awal kedatanagn, masyarakat cina dan india ke alam, 5. pengaruh budaya cina dan india ke, atas bahasa dalam tamadun melayu, 6. isu-isu sensitif berkaitan, kepenggunaan dalam masyarakat, 7. prinsip hubungan sosial berteraskan, 8. rujukan 17, 2 objektif kajian.

  • Bagaimana masyarakat India dan Cina berasimilasi terhadap masyarakat Melayu?
  • Bagaimana masyarakat Melayu menerima kedatangan masyarakat India dan Cina yang membawa perbezaan dari segi budaya dan bahasa ke dalam masyarakat Melayu?
  • Bagaimana isu-isu sensitif berkaitan kepenggunaan dapat diselesaikan dalam kalangan masyarakat Malaysia melalui proses asimilasi budaya?
  • Bagaimana masyarakat India dan Cina menerima prinsip hubungan sosial berteraskan Islam?
  • Bagaimana islam dapat mendidik masyarakat untuk menghormati agama lain? 3 METODOLOGI KAJIAN
  • RUJUKAN INTERNET Bagi melengkapkan kajian ini, kami juga membaca pelbagai sumber daripada internet seperti jurnal dan blog untuk mendapatkan maklumat berkaitan. Kesannya, bahan-bahan tersebut banyak membantu kami bagi menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, rujukan internet sememangnya menjadi sumber utama bagi kami kerana kami dapat mencari informasi yang lengkap tentang tajuk yang berkaitan dengan kerja kursus kami ini. Seterusnya, internet merupakan platform untuk kami sebagai pelajar membuat carian dan kajian sekali gus mendapatkan bahan-bahan untuk dianalisis sebelum diaplikasikan ke dalam kerja kursus kami. Antara rujukan internet yang kami guna ialah Google Scholar.
  • RUJUKAN MEDIA MASSA Rujukan media massa merupakan salah satu sumber yang kami gunakan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Media massa seperti berita dan surat khabar merupakan bahan yang dapat kami ambil sebagai rujukan. Hal ini kerana, bahan-bahan ini mengandungi maklumat yang tepat. Selain itu, ianya juga mudah untuk dianalisis dan dijadikan bahan untuk kerja kursus kami. Seterusnya, berita juga mengandungi isu-isu semasa dan info terkini.

4 PERTALIAN AWAL KEDATANGAN MASYARAKAT CINA DAN INDIA KE ALAM

4) pertalian awal kedatangan masyarakat cina ke alam melayu.

Kedatangan awal masyarakat Cina ke Alam Melayu dikatakan bermula sejak awal abad Masihi. Hubungan antara negeri China dan Alam Melayu telah lama wujud dari sebelum abad pertama lagi, iaitu pada abad kedua sebelum Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-177 S). Hal ini membuktikan bahawa kedatangan masyarakat Cina ke Alam Melayu telah lama dibuktikan melalui catatan dan karya yang telah ditinggalkan sejak zaman dahulu. Antara karya yang ditinggalkan ialah Han Shu (Buku Han vol) karya Ban Gu (32-92) yang mengatakan bahawa terdapat jalinan maritim antara China, India dan Semenanjung Tanah Melayu sejak abad pertama. Manakala, antara bukti yang lain ialah terdapat penemuan arkeologi daripada kebanyakkan pecahan seramik Dinasti Qin (221 SM – 206 SM) dan Dinasti Han (206 SM – 220 SM) dan dinasti dinasti China berikutnya di lembah sungai Johor. Hal ini dapat menguatkan lagi bukti bahawa hubungan antara China dan Tanah Melayu telah wujud sejak abad pertama atau lebih awal daripada itu. (Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman, 2007) Selain itu, kesedaran China terhadap kedudukan Asia Tenggara adalah merupakan salah satu faktor yang menentukan hubungan antara China dan Asia Tenggara. Hal ini kerana konsep yang digunakan oleh raja-raja Dinasti Tang sangat mementingkan kedudukannya sebagai pusat budaya dan kuasa sedunia. Bagi mereka, hubungan dengan Asia Tenggara amatlah penting bagi mengekalkan kuasa pentadbiran dan ketenteraannya. Contohnya, Dinasti Tang dan Dinasti Song telah mengurniakan kedudukan istimewa kepada pemerintah Srivijaya sebagai wakil perdagangan China di kawasan kepulauan Melayu. Hal ini menyebabkan hubungan kebudayaan antara bangsa Cina dan Melayu semakin berkembang pada zaman Dinasti Shui dan Dinasti Tang dengan Empayar Srivijaya. Kemakmuran Srivijaya dapat dilihat daripada pelabuhan entreport termasyur dan tempat pertemuan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat sementara menunggu pertukaran angin monsun adalah antara bukti jelas hubungan China dan Dunia Melayu. (Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman, 2007) Seterusnya, kerajaan China juga mengharapkan keadaan yang aman di kawasan jiran tetangganya agar misi-misi diplomatik dan perdagangan antara Asia Tenggara dan China dapat dijalankan dengan lancar supaya dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak sekali gus

ini membuktikan bahawa terdapat kira kira 70% kosa kata bahasa Melayu kuno dan 30% lagi kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit. Perkataan seperti Wulan iaitu bulan dan Sambau iaitu kapal merupakan salah satu bahasa Melayu kuno yang sering digunakan pada masa dahulu. (Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman, 2007) Selain itu, aktiviti perdagangan antara India dan Asia Tenggara pada permulaan tahun Masihi merupakan salah satu sebab perkembangan budaya India di Asia Tenggara. Terdapat empat unsur kebudayaan India yang diambil oleh masyarakat Melayu untuk dijadikan contoh antaranya ialah konsep diraja bersifat Hindu-Buddha, penulisan sastera yang menggunakan bahasa Sanskrit, sistem kepercayaan yang dijelaskan dalam hikayat Ramayana dan Mohabhrata mengandungi beberapa tradisi diraja dan salasilah keturunan keluarga diraja Genges dan hukum-hukum agama Hindu. Hal ini dapat dilihat sehingga ke hari ini antara contohnya ialah perkahwinan masyarakat Melayu yang diambil dari budaya masyarakat Hindu. (Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman, 2007) Seterusnya, kedatangan masyarakat India ke Tanah Melayu juga dikatakan telah bermula sejak awal lagi menurut pandangan beberapa sarjana. Perdagangan di negeri Melayu Tua seperti di Gangga Negara, Beruas dan Melaka adalah berkait rapat dengan penghijrahan mereka di Tanjung Keling yang merupakan penempatan awal mereka di Melaka. Mereka pada awalnya, adalah pedagang yang berkahwin dengan orang tempatan. Hal ini menyebabkan wujud satu golongan India campuran Melayu yang berdasarkan agama iaitu India Muslim. Kemasukan mereka secara besar-besaran pula kemudiannya juga dipengaruhi oleh faktor-faktor di negeri mereka dan Tanah Melayu sendiri pada ketika itu. (Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman, 2007) 5 PENGARUH BUDAYA CINA DAN INDIA KE ATAS BAHASA DALAM TAMADUN MELAYU 5) PENGENALAN Kemajuan sesebuah negara dan budaya berkait rapat dengan kehidupan umat manusia. Hal ini kerana manusia tidak mampu atau tidak mampu hidup tanpa masyarakat, dan masyarakat merupakan salah satu elemen yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Selain itu, manusia harus bersosial agar dapat berinteraksi dan membentuk kelompok manusia untuk memenuhi keperluan hidup dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Dalam hal ini, proses interaksi adalah penting bagi memastikan hubungan di antara manusia berterusan.

Berabad-abad yang lalu, pengaruh asing yang menyebabkan pengembangan bahasa Melayu telah memberikan kesan dalam masyarakat dan budaya Melayu. Hal ini kerana, Imperialisme budaya ini juga berlaku di Alam Melayu yang merupakan lokasi strategik perdagangan dan agama. Sungguhpun begitu, interaksi positif diantara masyarakat telah memperkayakan bahasa dan budaya melalui peminjaman kosa kata daripada bahasa seperti Inggeris, Arab, India, Cina, Portugis dan Belanda. Perbincangan ini akan memberi tumpuan kepada hubungan awal antara masyarakat India dan Cina dengan Alam Melayu, khususnya dari segi hubungan budaya dan peminjaman bahasa Cina dan India dalam tamadun Melayu. (Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman, 2007) 5) DEFINISI KONSEP Konsep budaya yang merangkumi cara hidup sesuatu kumpulan sosial, termasuk aspek material dan bukan material yang dibentuk oleh amalan dan hubungan manusia dalam persekitaran. Selain itu, Bahasa adalah sebahagian daripada budaya, seperti yang dibuktikan oleh hipotesis Sapir- Whorf yang menyatakan bahawa struktur bahasa pertuturan mempengaruhi persepsi kita tentang dunia. Pada dasarnya, pemikiran dan tindakan seseorang individu dipengaruhi oleh perbendaharaan kata dan struktur bahasa mereka yang berfungsi sebagai alat pemprosesan dan tindak balas kognitif. Seterusnya, Alam Melayu juga dikenali sebagai Kepulauan Melayu merangkumi pelbagai pengertian dan merangkumi beberapa binaan yang menonjol. Dunia berbahasa Melayu adalah dasar yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama, dan bangsa, semuanya disatukan oleh bahasa Melayu yang sama sebagai cara komunikasi utama mereka. Jelaslah bahawa bahasa berfungsi sebagai alat untuk melindungi budaya merentasi generasi, di samping bertindak sebagai ciri-ciri budaya. Kepentingan sosial bahasa ditentukan oleh tahap dan domain aplikasinya. Di Malaysia, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ialah bahasa Melayu, yang mewakili sumber kebanggaan dan identiti negara serta berfungsi sebagai alat penyatuan individu daripada pelbagai latar belakang etnik dan kaum. Penggunaannya yang meluas telah menyebabkan ia dirujuk sebagai lingua franca, atau bahasa komunikasi harian di Malaysia. (Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman, 2007)

kepakaran lautan mereka yang luas. Kemajuan dalam teknologi perkapalan telah menggalakkan perdagangan antara negara-negara ini. Pengaruh India terhadap Tamadun Melayu terserlah dalam pelbagai aspek termasuklah struktur bahasa dan budaya. Hubungan India dan Melayu telah lama terjalin dan telah memberi impak yang ketara kepada bahasa dan budaya Melayu. Bahasa Melayu telah mengasimilasikan konsep dan idea baharu dengan meminjam unsur-unsur budaya dan bahasa India, khususnya bahasa Sanskrit dan sejumlah kecil bahasa Tamil, tetapi unsur-unsur ini telah disesuaikan agar sesuai dengan fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik bahasa Melayu. (Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman, 2007) 5) KESIMPULAN Bahasa Melayu telah mengalami pengembangan dan evolusi secara beransur-ansur dari semasa ke semasa, dengan peminjaman dan asimilasi bahasa berlaku untuk memenuhi keperluan semasa. Fenomena ini berkemungkinan berterusan selagi budaya dan bahasa yang berbeza bertembung. Sebagai medium utama untuk interaksi masyarakat, bahasa memainkan peranan penting dalam mencerminkan budaya dan kekayaan sesebuah negara. Penggunaan bahasa yang indah dan menarik adalah simbolik kepada budaya dan kekayaannya. (Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman, 2007) 6 ISU-ISU SENSITIF BERKAITAN KEPENGGUNAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA 6) PENGENALAN Isu-isu sensitif berkaitan kepenggunaan dalam masyarakat Malaysia merujuk kepada isu-isu yang melibatkan kepentingan, hak dan kesejahteraan pengguna yang dapat menimbulkan kontroversi, perdebatan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Isu-isu ini sensitif kerana ia berkaitan dengan faktor agama, budaya dan etnik yang mempengaruhi keyakinan, nilai dan prinsip masyarakat Malaysia. Oleh itu, pihak-pihak yang terlibat perlu memastikan kepentingan pengguna dilindungi dengan sewajarnya dan isu-isu sensitif ini harus diambil kira dalam merancang, melaksanakan dan memantau polisi dan undang-undang berkaitan dengan kepenggunaan di Malaysia.

Negara Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Sebagai contoh Cina, India, Melayu dan Iban. Malaysia ialah negara yang majoriti penduduknya menganut agama Islam. Oleh kerana itu, tindakan atau penggunaan yang dianggap tidak selari dengan agama Islam atau menyinggung agama lain dapat dianggap sebagai isu sensitif. Setiap masyarakat hendaklah menghormati agama masing-masing untuk mengelakkan perbalahan antara bangsa dan untuk mengekalkan keharmonian dalam negara. Antara contohnya, kita mestilah menghormati perayaan keagamaan masing - masing agar dapat hidup bertoleransi sekaligus dapat menerapkan semangat perpaduan dalam diri masyarakat. Contoh yang lain ialah Majlis Rumah Terbuka anjuran Perdana Menteri baru-baru ini juga salah satu inisiatif kerajaan dalam merapatkan hubungan silaturahim antara kaum. Hal ini kerana masyarakat Malaysia berbilang kaum berkumpul satu meja bagi meraikan perayaan Aidilfitri. Hal ini juga merupakan salah satu proses asimilasi budaya Cina dan India ke dalam masyarakat Melayu. (Haris Fadilah Ahmad, 2022) 6) IDENTITI Isu-isu sensitif kepenggunaan dalam masyarakat Malaysia dari aspek identiti melibatkan isu-isu yang berkaitan dengan identiti etnik, kebangsaan dan gender. Beberapa isu penggunaan dalam masyarakat Malaysia dari aspek identiti adalah diskriminasi etnik. Diskriminasi etnik menjadi isu sensitif dalam masyarakat Malaysia. Hal ini kerana terdapat kebimbangan bahawa beberapa pengeluar dan penjual boleh mengelirukan pengguna tentang jenama dan asal usul produk yang boleh menyebabkan diskriminasi etnik. Selain itu, adalah diskriminasi kebangsaan. diskriminasi kebangsaan menjadi isu sensitif dalam masyarakat Malaysia. Terdapat kebimbangan bahawa beberapa produk dan perkhidmatan tidak memberi keutamaan kepada pengguna tempatan, yang boleh menyebabkan diskriminasi kebangsaan. Selain itu, isu identiti juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan perpecahan di antara kaum. Hal ini menyebabkan sekolah vernakular wujud di negara kita. Oleh itu, kita mestilah bersatu padu dalam membentuk negara yang harmoni dan tidak menjadikan sesuatu kaum itu sebagai jurang yang besar dalam mengrealisasikan negara yang aman dan harmoni. (Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin, 2012)

Hubungan sosial antara orang Islam dan bukan Islam telah menjadi semakin kompleks dalam era kemajuan semasa. Ada pasang surut dalam perhubungan itu iaitu terdapat beberapa isu dan salah faham yang timbul dalam kalangan masyarakat ini. Terdapat perselisihan faham dan konflik yang disebabkan oleh senario ini, yang menguji tahap hubungan sosial antara orang Islam dan bukan Islam. Perjuangan kaum dan etnik yang sempit yang boleh menggugat perpaduan dan kesejahteraan hubungan antara kaum. Sifat perkauman yang masih kuat mempengaruhi pemikiran, sikap dan nilai, tuntutan, aspirasi dan persaingan, prejudis, stereotaip dan diskriminasi dalam semua aspek antara kaum. Kesemua elemen ini menyumbang kepada tercetusnya masalah dan konflik antara kumpulan etnik. Umum mengetahui bahawa etnik merupakan ciri penting masyarakat. Kepercayaan agama, perbezaan bahasa, pengkhususan ekonomi, sikap politik dan bentuk tempat tinggal semuanya secara kasarnya konsisten dengan pengenalan kumpulan etnik. Walaupun fenomena tersebut telah dikaji, namun realitinya masih relevan dengan perkembangan realiti sehingga kini. Bangsa yang dijajah merupakan satu kumpulan etnik yang wujud pada permulaan sejarah di tempat mereka. Ia telah melalui proses transformasi pelbagai dimensi bentuk dan sifat asalnya untuk menjadi sebuah negara yang berbilang kaum.. (Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin, 2012 7) REALITI HUBUNGAN SOSIAL Isu integrasi kaum adalah perkara biasa di negara-negara yang pernah mengalami penjajahan. Penduduk berbilang kaum terpaksa hidup menyendiri akibat daripada strategi “pecah dan perintah” yang membentuk dasar penjajah. Kesan pelaksanaan program ini adalah untuk menyebarkan tanggapan bahawa kaum adalah fenomena semula jadi dan asas kepada perbezaan manusia. Di samping mengehadkan peluang untuk komunikasi antara kumpulan etnik, kelaziman pengkhususan ekonomi dan pengasingan kediaman di kalangan kumpulan etnik juga menyuburkan prasangka, prasangka dan etnosentrisme di kalangan ahli kumpulan etnik. Kediaman dibahagikan mengikut kumpulan etnik supaya setiap ahli kumpulan dapat melindungi privasi mereka daripada kumpulan lain. Selepas kemerdekaan, majoriti masyarakat masih mempunyai perspektif campur aduk berdasarkan konflik kaum dan etnik tertentu yang boleh membahayakan keharmonian dan

perpaduan antara kaum. Di sesebuah negara, perkauman masih mempunyai kesan yang ketara terhadap persepsi, sikap, dan nilai, serta tuntutan, aspirasi, dan persaingan, serta prasangka, stereotaip, dan diskriminasi dalam semua aspek hubungan kaum. Faktor-faktor ini semuanya terlibat dalam kemunculan isu dan pertikaian antara kumpulan etnik. (Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin, 2012) 7) KONFLIK ANTARA KAUM Mengikut kebijaksanaan konvensional, konflik antara berlainan kaum berlaku dalam bidang politik dan isu ekonomi. Mengikut kebijaksanaan konvensional, konflik antara kumpulan etnik secara amnya berpunca daripada dua faktor utama iaitu perbezaan dan pertentangan nilai serta perbezaan dan pertentangan kepentingan dalam kalangan etnik. Menurut Mohamad Khir Toyo, terdapat dua sebab berlakunya krisis dalam hubungan antara dua insan berkenaan: pertama kurang menghormati subjek, dan kedua kurang memahami realiti yang wujud. Di Malaysia, terdapat dua persoalan utama orang bukan Islam tidak menyukai etnik Melayu. Pertama, adakah orang bukan Islam tidak menyukai Islam secara umumnya atau bangsa Melayu secara khusus kerana mereka adalah bangsa yang mempunyai keistimewaan. Kedua,adakah terdapat ketegangan kaum atau etnik yang menjadi punca konflik. Secara amnya, penentangan bukan Islam adalah terutamanya kaum dan kadangkala bersumberkan agama kerana mereka berasa ditindas dan dilayan seperti warga kelas kedua. Rasa tidak puas hati orang bukan Islam juga berpunca daripada kurangnya pengetahuan mereka dan mengabaikan Islam dan penganutnya. Sebagai contoh, Norhashimah (1996) menyifatkan dasar Islamisasi kerajaan sebagai sejenis hegemoni etnik Melayu. Kedua, terdapat perkaitan antara kelas dan etnik dalam interaksi sosial. Oleh kerana persamaan antara pengenalan etnik dan kelas, penentangan kelas masih menjejaskan hubungan etnik dalam persekitaran Malaysia. (Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin, 2012) 7) ANALISIS DASAR KEBUDAYAAN Proses penciptaan budaya adalah rumit. Untuk mencapai bentuk yang diinginkan untuk negara, ia memerlukan rangka kerja asas yang boleh digunakan. Konsep sesebuah negara ialah sebuah negara di mana rakyat dari semua kaum harus berkongsi rasa kenegaraan dengan nama kolektif yang sama bangsa dan berkongsi identiti nasional bersama serta wilayah, ekonomi, budaya, dan masa depan

maasyarakat negara tersebut, yang kemudiannya menjadi asas yang kukuh kepada pembangunan bangsa. (Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin, 2012) 7) KESIMPULAN Dalam budaya yang berbilang kaum, berbilang bahasa dan agama, proses integrasi antara kaum masih di peringkat awal. Kegagalan melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang mempengaruhi budaya kebangsaan tidak menghalang keamanan kaum. Pilihan untuk menyamakan cita-cita melalui cara wacana tamadun atau antara agama boleh dipraktikkan untuk mengurangkan peluang konflik dan kemunculan isu-isu rumit dalam masyarakat. Natijahnya, masyarakat yang berbeza dari segi agama dan budaya serta mewarisi perpecahan yang dibawa oleh penjajah, mesti mewujudkan prinsip bersama yang akan bertindak sebagai tunjang kepada pertumbuhan budaya negara. Jadi, untuk memupuk keharmonian kaum dan integrasi nasional dalam masyarakat berbilang kaum, hubungan sosial hendaklah berteraskan nilai universal ajaran Islam.

Mat, Zawiah, and Mashitah Sulaiman. "Interaksi budaya India & Cina ke atas pengukuhan bahasa dalam Tamadun Melayu." Jurnal Pengajian Umum Bil 8 (2007): 115. Jamaludin, Mohammad Aizat, and Mohd Anuar Ramli. "Isu Sensitif berkaitan dengan Kepenggunaan dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia." (2012). Jamaludin, Mohammad Aizat, Mohd Anuar Ramli, and Akademi Pengajian Islam Usul. "Isu sensitif berkaitan dengan kepenggunaan dalam masyarakat Malaysia." (2012). Ramli, Mohd Anuar, and Mohammad Aizat Jamaludin. "Prinsip hubungan sosial bagi menangani konflik dalam masyarakat Malaysia berteraskan Islam." Jurnal Peradaban 5 (2012): 49-71. Majid, Mahmud Zuhdi Abdul. "Pemerintahan Dalam Masayarakat Majmuk: Huraian Berasaskan al-Quran dan al-Sunnah” dalam." Prinsip-Prinsip Pemerintahan Dalam Masyarakat Majmuk.

  • Multiple Choice

Course : Office and Management (CTU152)

University : universiti teknologi mara melaka.

group assignment ctu152

  • Discover more from: Office and Management CTU152 Universiti Teknologi MARA Melaka 6   Documents Go to course
  • More from: Office and Management CTU152 Universiti Teknologi MARA Melaka 6   Documents Go to course

IMAGES

  1. CTU152 Group 1

    group assignment ctu152

  2. CTU152 Group Assignment-converted

    group assignment ctu152

  3. CTU152 Group Assingment- Cabaran Globalisasi Terhadap Agama DAN

    group assignment ctu152

  4. CTU152 G2 Group Assignment G5

    group assignment ctu152

  5. Assignment CTU152 ( Group 3)

    group assignment ctu152

  6. Assignment CTU152 (Lengkap)

    group assignment ctu152

VIDEO

  1. OBM Group assignment 0361116

  2. Group Assignment Math (SM025)

  3. HR MANAGEMENT GROUP ASSIGNMENT

  4. CTU Group Assignment Video

  5. ACC3228 Group Assignment Presentation

  6. Group Assignment Oral Literature, Urband Legend at Tinjomoyo Forest

COMMENTS

  1. CTU 152 : 152

    ctu152 group assignment tajuk 7 konsep negara dan bangsa ke arah pembinaan peradaban.pdf. subjek: ctu152 (penghayatan etika dan peradaban) semester: mac 2022 - ogos 2022 nama pensyarah: ustaz azmin bin pullong nama kelas: ctu15221a9 tajuk kertas kerja: konsep negara dan bangsa ke arah pembinaan peradaban nama ahli kumpulan no. matrik afif must

  2. CTU152 ( Group Assignment)

    Assignment subjek CTU152 bagi soalan tentang perkara peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tolak ansur antara orang melayu dan orang bukan. ... CTU152 ( Group Assignment) Assignment subjek CTU152 bagi soalan tentang perkara peruntukan di dal... View more. Course Penghayatan Etika dan Peradaban (CTU152)

  3. CTU152 Group Assignment

    CTU152 Group Assignment. Values and Civilization. Course. Values and Civilization (CTU152) 754 Documents. Students shared 754 documents in this course. University ... Assignment CTU152 2021; CTU152 (Hak Asasi Manusia) Related Studylists study. Preview text. FACULTY OF INFORMATION MANAGEMENT

  4. Values and Civilization

    Assignment CTU152. Mandatory assignments 94% (16) 27. CTU152 Nabila Zaid 2020484514. Mandatory assignments None. New. 30. CTU152- Prank - Summary Values and Civilization. ... CTU152 Group Assingment- Cabaran Globalisasi Terhadap Agama DAN Peradaban pdf. 10 flashcards. Assignment CTU152. 10 flashcards. Pengenalan etika dan peradaban.

  5. CTU152 group assignment kelas 2A.pdf

    1 faculty of information management mara university of technology (uitm) diploma of information management (im110) values and civilization (ctu152) group assignment: pengaruh media massa terhadap masyarakat dan negara prepared by: mohammad shah rizal bin mohd anuar (2021898546) ahmad danial bin aziz (2021895666) muhammad amir izad bin nor hisham (2021866896) muzzafar farhan bin mah hassan ...

  6. GROUP ASSIGNMENT CTU152.docx

    view group assignment ctu152.docx from ctu 152 at universiti teknologi mara. faculty of business and management diploma in banking studies values and civilization (ctu152) tajuk: peranan ibadah dalam

  7. Ctu 152 Group Assignment

    Scribd adalah situs bacaan dan penerbitan sosial terbesar di dunia.

  8. Group Assignment Ctu152 (Tac1102a-Group 4)

    ac110 - ctu152 group assignment by 2023374855. ac110 - ctu152 group assignment ...

  9. CTU152 Group Assignment

    CTU152 Group Assignment. This is an example for CTU152. Course. Office and Management (CTU152) 6 Documents. Students shared 6 documents in this course. University Universiti Teknologi MARA Melaka. Academic year: 2022/2023. Uploaded by: Anonymous Student.

  10. Group Assignment Ctu152

    Scribd is the world's largest social reading and publishing site.